Wednesday, December 31, 2008

burung botak dan ahli falsafah....

salam maal hijrah...

ini ade satu cerita...
tentang seekor burung yang botak(bukan burung hering)...
burung ni masa muda-muda dulu tak la botak...
tapi oleh sebab die selalu saja buat tuan die bengang sebab tak bertindak mengikut arahan...
maka,tuan burung itu akan ketuk kepala die setiap kali burung tu cemerkap dan buat benda bodoh...
contohnya suka tunjuk pandai bercakap dalam banyak bahasa...

pada satu hari yang suam-suam kuku...
seorang ahli falsafah yang juga berkepala botak terlintas dengan burung tu tadi...
dan burung tu serta merta berkata dalam hati ...
"oh...rupanya ada juga manusia yang senasib dengannya"...
burung tu pun bertanya kepada ahli falsafah tadi...
"tuan...berapa kali tuan kena ketuk di kepala"...

-tamat-

ini bukan aku nak merepek...
tapi...
kalau kita suka buat benda yang sudah jadi tabiaat kita...
jangan ingat orang lain pun serupa macam kita...
kalau kita suka kutuk orang dan tipu orang...
jangan ingat orang lain pun suka kutuk dan menipu juga...


aku nak berhijrah...

Monday, December 29, 2008

kampungku...

aku duk kat kampung je...
orang cakap duk kampung ni senang...
tanah banyak...
boleh bercucuk tanam...
inflasi kurang sebab tak payah pergi ke pasar berbelanja...
orang yang miskin di bandar lebih parah hidupnya daripada hidup miskin di kampung-kampung...

kalau itu yang kita fikirkan...
maka kita sudah salah...

ini aku nak cerita skit...
kat kampung sekarang yang tinggal sekarang cuma orang-orang tua je...
yang dah pencen dan yang dah uzur...
inflasi ape kejadahnye...
nak pegi hospital jauh...
klinik kerajaan kalau ade pun kat pekan-pekan skit...
publik transport pulak punya la susah...
ade tu memang lah ade...
tapi tak ikut waktu dan bas pun macam ape je...
dah la buruk...
ditambah pulak dengan ambil lebih muatan...
anak-anak dara pulak terpaksalah merelakan diri mereka digesel oleh penumpang lelaki lain...

tapi...
sekarang ni...
dah ade bus baru...
siap ade ekon pulak 2...
stesen bus dari parit ke ipoh pun aku tengok xde la mcm dulu lagi...
syabas MB ir Nizar Jamaluddin...
syabas kepada sesape saja yang buat perubahan ini...

Saturday, December 27, 2008

aku...kelas ke 2.....

ini cerita betul...
memang lah kalau kamu pergi tanya mereka...
mereka tak akan kata tidak dan mana ada...
tapi hakikatnya...
mereka selalu saja nak membahagikan masyarakat mengikut kelas...
atau kasta...

kononya...
mereka yang bependidikan agama dan tak tahu berbahasa inggeris...
tak setaraf dengan mereka...
nak pandang sebelah mata pun mereka tak mahu...
ceh...
apa...
kamu ingat kamu holier then thou...

aku bkn nak merepek...
tapi...
cuba kalau ada seorang ustaz sekolah agama pondok...
datang nak meminang anak perempuan kita...
berapa ramai daripada kita dengan bangga dan besar hati nak bagi anak kita itu kawin dengan ustaz sekolah pondok...
dan berapa ramai pulak yang terus tutup pintu...

ye lah...
kita pun satu...
guru-guru KAFA...
orang yang mengajar kita dan anak-anak kita perkara fardhu ain ni...
orang yang mengajar kita dan anak-anak kita solat...
mereka lah yang kita patut angkat...
bukan perkara laghro tu...



p/s: sokong naik elaun gaji guru KAFA di negeri aku...

Thursday, December 18, 2008

begitu....kenapa tidak begini?

kelentong...

ya...
sejak manusia mula mencipta tamadun atau hidup bermasyarakat berkurun-kurun dahulu...
kita selalunya sebagai individu atau kumpulan itu selalu saja nak tunjukkan yang kita ni lebih berkuasa daripada individu atau puak yang selain daripada kita...

kita pun cipta lah macam-macam pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang dapat menunjukkan superioriti kita itu atau pun nak tunjuk kita lah yang paling bagus dan yang terbaik daripada orang lain...

dan oleh yang demikian...
kita pun selalu lah mendefinisikan seseorang itu berdasarkan banyak mana pertandingan yang pernah dia menang,dapat gred yang paling baik dalam kelas dan banyak mana sijil dan piala yang tersusun diatas rak dan almari di rumah dia...

atau dengan kata atau ayat yang lain...
untuk menunjukkan yang kita ni sememangnya bagus dan top...
mesti ada orang lain yang kalah dan tak berapa bagus daripada kita ni...
mesti ada la orang lain yang kena jadi sampah dan loser kepada kita...

kenapa?
tak boleh ke kalau kita sama-sama menang...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi yang terbaik...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi bagus...


aku bukan apa...
kita kena ingat...
kalau hari ini kita kenyang...
dan ada orang lain yang lapar...
tak mustahil satu hari nanti kita pulak yang lapar...
dan orang lain itu pulak yang kenyang...

dah tak kelentong...

Monday, December 8, 2008

Pengumuman....

Saya dan seluruh warga kerja dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam...
diharapkan kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada ibadah korban kali ini...
sesunguhnya darah dan daging itu tidak akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadanya ialah amal ibadah yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu...


juga takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa...

dari warga kerja pejabat DSL(Dato' seri Lem)....

Sunday, November 30, 2008

kenanganku...

kenangan...

sejarah...
bukan salah sejarah...
kenapa nak salahkan benda yg dh berlaku...

memang tak salah kalau kita nak menoleh ke belakang...
mengimbau sejarah...
dan bermuhasabah...
mungkin banyak pengajaran yg kita akan dapat...

tp jangan la tak abes-abes nak salahkan benda yang telah terjadi...
kenapa tak hadapi saja kenyataan dan...
pandang saja kedepan...
dan kita sama-sama cari penyelesaian baru...

ini kita boleh kalau nak buat...
duduk berunding sambil minum kopi(mai secawan)...
bincang baik-baik...
hormat antara satu sama lain dalam semangat muhibbah...
kan ini cara yang selalu kita buat...
masa merdeka pun kita boleh buat macam ni...
dan kan lepas itu kita semua ada sain kontrak...
ingat tak...
alah kontrak sosial..

tapi masing-masing kena ingat...
setiap ahli yang berbincang kena lah jaga emosi...
dan patuh kepada apa yang telah kita semua persetujui selama ini...
patuh kepada perjanjian dan kontrak yang telah kita sama-sama setuju sebelum ini...
kan ke senang...
tak payah nak gaduh-gaduh...

baru lah kita boleh banteras penyelewengan dan rasuah...
bela nasib petani dan nelayan...
dan majukan negara..

Thursday, November 27, 2008

bukan depa...kita...

tak sungguh tak kata....

Tough new alcohol laws to stop Sydney violence

In an effort to stem a wave of alcohol-related violence on Sydney's streets, authorities will no longer issue 24-hour liquor licenses and 50 pubs and clubs will be forced to lock-out patrons and serve drinks plastic glasses.

Sydney has seen a spate of "glassings" in recent weeks, where drinkers, male and female, have been smashed in the face with a beer glass, and street brawls which have left police injured.

Authorities say a culture of binge drinking by young men and women is behind the rise in violence.

Australia's most populous state New South Wales, which includes Sydney the nation's biggest city, recorded 21,000 incidents of alcohol-related violence in the past year, with the rate of violent incidents rising seven percent annually.

In announcing the new alcohol laws in Thursday, NSW Premier Nathan Rees said "the people of NSW have had enough of it."

Rees said the new laws were not aimed at "ending the good times," but "stopping drunken behaviour that ends in violence."

"We're serious about tackling alcohol-related violence and will do whatever it takes to make our streets safer. There's nothing more gutless than sticking a glass in someone's face," Rees told reporters.

New liquor licences will only allow an upper limit of 18 hours trading. While 50 pubs and clubs in Sydney and around NSW will be forced to "lock-out" new patrons after 2am, use plastic cups after midnight, restrict drinks bought after midnight, and close alcohol service 30 minutes before closing time.

Sixteen pubs in Sydney's central business district and eastern suburbs are affected, including tourist havens like the Orient Hotel in the Rocks, Scruffy Murphy's on George Street and the Coogee Bay and Bondi hotels.

sumber:reuters

aik...
Selangor baru nak ketatkan penjualan arak dan alkohol dah kena maki...
kalau orang lain buat tidak apa...
kalau australia buat kita kata bagus depa ni dah sedar...
tapi bila orang islam sendiri nak buat...

tak sungguh tak kata...

Sunday, November 23, 2008

kitalah...siapa lagi...

anak cina anak saya,anak india anak saya,anak melayu anak saya..


ini bukan aku nak membela kaum lain...

tapi cuba kita bayangkan ini...
jiran sebelah rumah kita orang cina 2 hari dah tak makan...
oh..
sebab dia cina x apalah...
x payah tolong...
bukan dapat pahala pun...

betui ke...
sedangkan bagi anjing haus nak mati minum pun boleh dapat pahala...
ini kan pulak kita nak tolong sesama manusia...
jangan lah kita ni kerana taksub dengan agenda bangsa sendiri..
kita menafikan sifat kebaikan dan kemanusian itu...

memang betul...
ramai melayu hidup susah dan melarat di negeri sendiri...
perjuangan kita belum selesai dan masih panjang...
tapi ini tidak bermakna kalau kita tolong bangsa lain kita mengabaikan bangsa sendiri atau tak tolong bangsa sendiri...


saya orang melayu...tak kan saya nak jual kedudukan dan kepentingan orang melayu-pak syeikh ceruk to'kun-

Thursday, November 20, 2008

Bangun Orang Timur

anak cina anak saya,anak india anak saya,anak melayu anak saya...



maka benarlah...
seandainya...

kekuatan laksamana hang tuah itu terletak di huruf 'T'nya...
kekuatan pasukan bola sepak liverpool itu terletak pada rembatan deras kaptennya steven gerrard..
kekuatan pasukan mclaren itu terletak pada pemanduan lewis hamiltonnya...
kekuatan kopi radix(mai secawan) itu terletak pada keaslian pracampuran tongkat alinya...

maka...
kekuatan orang melayu itu adalah kerana berpegang teguh kepada ajaran islam serta akhlak mulianya...
kalau mengikut perlembagaan...
orang melayu adalah mereka yang beragama islam,mengamalkan adat resam melayu dan juga biasa bertutur bahasa melayu...
memang istimewa orang melayu ni...
sedangkan orang arab pun ada yang beragama kristian...



tapi kenapa...
ada lagi mereka yang menggagungkan hegemoni hedonisme barat...
ada lagi mereka yang menggagungkan hiburan terlampau barat...
ada lagi mereka yang berkata "i sound stupid in bahasa"...
ada lagi mereka yang menentang gerakan islam...



aku tau...
kamu moden...
kamu kata kamulah melayu baru..melayu ultra...melayu super...
kamu fikir kamu holier than thou?...



saya orang melayu,tak kan lah saya nak jual kedudukan dan kepentingan orang melayu...

Saturday, November 15, 2008

bukak la sikit

ahh...


Sikap keterbukaan itu perlu ada pada diri setiap insan tidak kira lah sama ada mereka itu barangkali kini sedang menghirup kedinginan udara di kesaljian pergunungan alps sambil bermain ski atau pun kepada mereka yang hanya sekadar kini sedang menghirup secangkir kopi radix (mai secawan) sambil rancak mengutuk pemimpin-pemimpin tertinggi negara tidak terkecuali juga ketua kampung mereka sendiri di warung kopi kepunyaan pak abu...


sikap ini juga amat dituntut tanpa mengira batas profesionalisme mereka itu sama ada mereka itu kini sedang sibuk membina batas untuk menanam sawi nun terceruk jauh di ceruk to'kun atau kepada mereka yg kini sedang sibuk membida saham-saham yang berpotensi tinggi untuk memenuhkan poket2 para kapitalis keparat di jalan tembok,NY...

tidak lupa juga kepada mereka yang kini sedang asyik melayan gelora jiwa bertemankan irama musik jiwang karya anak2 seni tempatan seperti lagu patri dendangan jinbara atau kepada mereka yang sedang berdebar2 menyaksikan aksi2 padat craig daniel dalam filem siri james bond terbaru quantum of solace(agak menawan ya miss fields si gadis bond terbaru 2)...

sebagai seorang insan yg percaya kepada globalisasi,urbanisasi dan meritokrasi...
aku juga percaya kepada keterbukaan...
sekarang ni malam selalu panas,aku selalu tido bukak baju...


tp itu bukan la alasan...
isu keterbukaan bukan lah satu alasan...
untuk kita dapat menerima penghinaan ini...

tngok la sndiri kalo nk tahu di address bawah ni

http://www.youtube.com/watch?v=ufgJWGmax-A



ahh..


Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa...

Saturday, November 8, 2008

perempuan,isteri dan ....

tak percaya?

peningkatan bilangan pelajar perempuan di IPTA yg kini telah menghampiri angka 70% telah menimbulkan pelbagai keresahan pada banyak pihak.Terbaru kedengaran suara2 sumbang drpd banyak badan2 yang tidak bersangkut paut dengan kerajaan atau ngo..k mendesak agar kerajaan memperkenalkan sistem baru kuota 50% untuk pengambilan pelajar lelaki ke IPTA.Pihak terbabit beranggapan jika fenomena ini dibiarkan berterusan kelak akan melemahkan ekonomi negara kerana bidang2 professional akan dikuasai oleh kaum wanita..

mmg ngok...

sudah terang tanpa perlu disuluh...
mmg tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui hal ini...
pertambahan pelajar perempuan di IPTA saban tahun merupakan satu realiti...
tapi ini bukan isunya...
mmg xde isu pn tentang hal ni...

x percaya?

ini bukan aku nk membela kaum wanita atau terjebak dalam fahaman feminisme...
tapi sebagai seorang insan yg percaya kepada globalisasi,hak asasi dan komunikasi berkesan...
aku juga percaya kepada amalan meritokrasi..
kalau seorang insan 2 betul2 bagus..
dia mmg wajib dipilih tanpa perlu mengambil kira gender,keturunan,warna kulit,warna rambut dan warna bulu..

kalau dh ramai perempuan bagus..
kita wajib meletakkan mereka di tempat yg sepatutnya..
mmg xde hal la..
kalau nk buat satu universiti semua perempuan pn tidak apa..
tak jadi masalah pn..

kalau UPM 2 diubah jadi universiti perempuan malaysia pn tidak apa...
sebab di jepun pn mmg telah ada diwujudkan satu institut pengajian yang hanya untuk wanita sahaja..

tapi itu bukanlah isunya...
habis 2 apa isunya?

aku bukan la ape..
tapi saban hari aku tengok makin ramai plak golongan maknyah atau bapok(sila rujuk kamus dewan ya tentang penggunaan sebenar istilah ini) di dalam kampus ni..
aku x kisah kalau diorang 2 lembik ke..
lemah atau lembut....
tapi jangan la sampai pakai pakaian perempuan...
bergincu dan bermake up..
atau tumbuh bahagian2 badan tertentu...

hah..


masih x percaya?...

Thursday, October 30, 2008

bangsaku, apa lagi yang tinggal?

maleh nak percaya..

bukan setakat keteguhan bahasa,ketaatan kepada agama dan kesopanan adap susila malahan etika kesopanan berpakaian pun sudah terhakis daripada keperibadian remaja2 melayu hari ini..

x percaya?

mengikut kajian yang aku sempat terbaca dalam sebuah surat khabar tabloid yang agak kurang popular masa kini,budaya baju kurung di kalangan kaum hawa yang berbangsa melayu kini sudah semakin jauh dipinggirkan..

mmg betul,sekarang ni kalau pegi mana2 pn mmg dah susah nak nampak terdapat kaum hawa yang mengenakan pemakaian baju kurung ini..
aku bkn ape,aku mmg la x boleh nk menggayakan pemakaian baju kurung ni sebab aku ni kn jantan...haram lg pn..

tapi jauh di sudut hati aku berasa sedikit kesal dan terkilan la dengan fenomena ini...
aku x kisah kalau ramai kaum hawa yang mengenakan pakaian lain yang lebih sopan dan menutup aurat dengan sempurna drpd baju kurung ni macam jubah ke atau ape2 je la...
tapi betul ke pemakaian baju kurung ni dah digantikan dengan jubah atau pakaian lain yang dapat menutup aurat dengan lebih sempurna?
jawapannya tentu sekali la tidak..(can even begin to speculate)...

timbul persoalan2 ini di benak fikiranku setelah setelah selesai membaca article tersebut..
adakah remaja2 wanita melayu hari ini sudah segan untuk mengenakan baju kurung?
adakah baju kurung itu sudah tidak sesuai lagi dengan peredaran masa zaman kini?
adakah jeans ketat dan t-shirt itu nampak lebih elegan dan up to date?

aku bkn apa..
aku bukan bercakap pasal orng pempuan patut pakai baju kurung setiap masa dan ketika walaupn dimana sahaja anda berada...
x nak pakai langsung baju kurung pn xpe la...
aku pedulik ape pn...
tapi jangan la sampai pegi kuliah dengan pakaian2 yang mencolok mata dan terlampau seksi...
terjejas konsentrasi para pelajar lain...


masih x percaya...

Friday, October 24, 2008

ape,ingat aku heran sangat ke..

aku heran...

asal aku jalan2 je nek motosikal wave 100 oren berstiker go!!!! aku dlm utm ni mesti akan terserempk la dgn pemboceng motosikal lain yg berkuasa lebih rendah atau tinggi skit drpd aku..
itu mmg aku x heran la..

tp yg aku jadi herannye ialah apabila ternampak ramai plak perempuan yg membonceng di belakang bersama penunggang lelaki..
first assumption aku mmg ramai la kot agaknya warga utm ni yg ade adik beradik atau keluarga yg sama2 belajar sekali dalam utm ni..

tp sejauh manakah kebenaran assumption yg aku buat 2?
apakah basis aku 2 tepat? ref state mane yg aku pakai?
dh box kn ke final answer aku 2?
adakah aku dh follow s.o.p(standard operation procedure)?

mungkin perkara yg ingin aku tulis dalam blog kali ini akan menyebabkan populariti aku di kalangan kaum hawa menurun..
ahh,persetan kn itu semua..

HORMATI HAK WANITA ISLAM
Si dia masih lagi berada di bawah tanggungjawab bapanya. Tetapi adakah anda keluar dengannya atas pengetahuan bapanya? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda keluar berduaan dengannya walaupun di tempat awam adalah mendekati zina? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa perlakuan anda duduk berduaan bersama dia di atas bangku di tempat awam akan menimbulkan fitnah? -TIDAK-

Adakah anda tahu bahawa sebenarnya maruah si dia sebagai seorang wanita Islam sebenarnya sudah ternoda apabila anda berjalan berduaan dengannya? -TIDAK-

Jika anda seorang abang kepada seorang dara yang sedang meningkat dewasa, adakah anda akan membenarkan adik anda itu keluar dengan jantan lain, duduk di kerusi yang sama, berjalan berduaan, berjoging bersama tanpa kehadiran orang ketiga?

Anda hipokrit jika anda tidak membenarkan adik anda berbuat demikian tetapi pada masa yang sama anda bersedapan dengan perempuan lain. Alangkah teruknya anda!

dh x heran...

Wednesday, October 22, 2008

eleh,buat blog plak die ni..

aku percaya...

mesti ade la segelintir drpd kalangan masyarakat yg akan mengungkapkan kata2 seperti "eleh,buat blog plak die ni","ngada2 je" atau "xde keje la 2" atau lain2 ayat sindiran bila masuk blog aku ni..

aku bkn ape,google buat blog ni untuk sape lg?mesti la x lain x bkn untuk aku..
rugi la kalo kita x gunakan kemudahan yg diorng dh pnat2 buat untk kita ni..
bnyak jgk benefit die..
lg pn aku tengok remaja2 sekarang mmg ramai yg dh ade blog ni..
aku pn x nk la ketinggalan..kang x up to date plak..
so, skang ni sape sebenarnye yg ngada2 dan xde keje kalo bkn korang sendiri jgk kn..

oleh itu,viewer2 sekalian stop la menyindir yindir 2 sama ada di belakang atau pn dalam hati sendiri..
support la skit remaja2 melayu nk yg nk maju cam aku ni..

dh percaya?

Tuesday, October 21, 2008

kami the movie:satu kritikan

percaya x?

ramai orang kate best..
tp aku kate mmg sungguh menyampahkan je..
aku x tngok lg pn crite ni yg sebenarnye..
tp drpd cerite siri die yg aku pnah tertengok...dh bole bajet dh..
terer x aku!..

crite2 mcm ni mmg aku x kn pg tengok kt wayang la..
cukup la sekadar kutip cd cetak yg member2 buang merate lepas tngok..
pas 2 aku plak yg buang merate bg member lain tengok..
kire dh jd crite kutipan box office aku la cm 2 agaknye..

bukan ape,aku ni bkn la baik sangat pn walaupn suka menghamparkn sejadah..
tp seronok ke tengok bdk lepas spm isap dadah,ambik ice,suke mencuri,gaduh, tengok gig terkinja2 x tentu arah..biar la cun mane pn pengacara program remaja 2..

nk kate dialog bagus x jgk..
nk kate aksi padat dan mendebarkan x jgk..
nk kate jalan crite unik dan unpredictable x jgk..
nk kate kelakar lg la x jgk..
jgn sebab orng putih buat kite pn nk ikut..


tngok orang indon,pg mesir buat pengambaran cerita pasal islam(ayat2 cinta)..
tngok orang melayu,pg eropah buat pengambaran cerita peluk sana peluk sini(cinta antara benua)...


dh percaya?

saya x percaya

peh,biar betul..
rase mcm x percaya la plak..
mcm mane la aku bole nk jadi rajin go blog ni..

kalo dulu time petang2 cam ni duk main futsal je..
seronok jgk la dapat mendribble dan mengole bdk2 ni..
walaupn x starball tp, sape yg x knal epoi the king of volley..

tapi dh skang ni asal petang je hujan,asal hujan je petang..
terpaksa la aku cari hobi yang mmg confirm x kne hujan yg kalo kne nnt akhirnya dapat mengakibat masalah hidung tersumbat dan terlebih cecair plak..

bkn ape,wireless utm ni kalo setakat ari2 pakai buat bukak friendster ngan ym je bosan jgak..mmg xkn abes..
tp aku xde la ketagihan friendster 2 mcm bebudak ni yg sampai bole ade friend drpd filiphine yg cun2 mcm heroin crite pengako sayo 2..


kalo ade sesape yg tersinggah dan membaca page aku ini sambil mengexpresikan rasa kagum dan minat kn bangga jgk aku nnt..