kelentong...
ya...
sejak manusia mula mencipta tamadun atau hidup bermasyarakat berkurun-kurun dahulu...
kita selalunya sebagai individu atau kumpulan itu selalu saja nak tunjukkan yang kita ni lebih berkuasa daripada individu atau puak yang selain daripada kita...
kita pun cipta lah macam-macam pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang dapat menunjukkan superioriti kita itu atau pun nak tunjuk kita lah yang paling bagus dan yang terbaik daripada orang lain...
dan oleh yang demikian...
kita pun selalu lah mendefinisikan seseorang itu berdasarkan banyak mana pertandingan yang pernah dia menang,dapat gred yang paling baik dalam kelas dan banyak mana sijil dan piala yang tersusun diatas rak dan almari di rumah dia...
atau dengan kata atau ayat yang lain...
untuk menunjukkan yang kita ni sememangnya bagus dan top...
mesti ada orang lain yang kalah dan tak berapa bagus daripada kita ni...
mesti ada la orang lain yang kena jadi sampah dan loser kepada kita...
kenapa?
tak boleh ke kalau kita sama-sama menang...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi yang terbaik...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi bagus...
aku bukan apa...
kita kena ingat...
kalau hari ini kita kenyang...
dan ada orang lain yang lapar...
tak mustahil satu hari nanti kita pulak yang lapar...
dan orang lain itu pulak yang kenyang...
dah tak kelentong...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment