Thursday, March 26, 2009

Notis Pemberitahuan...

Dengan ini secara rasminya blog ini...
sayamahupercaya.blogspot.com...
akan dihentikan operasinya...
namun penulis akan terus biarkan page ini disini...
sebagai kenangan peribadi penulis...
untuk rekod sayamahupercaya telah beroperasi selama 6 bulan sahaja...

The Malay Male adalah merupakan post terakhir daripada penulis...
penulis menghentikan operasi blog ini adalah dengan kehendak sendiri...
dan bukan kerana apa jua sebab-musabab lain...
namun dengan berkuburnya sayamahupercaya...
tidak bermakna penulis juga bersara daripada dunia blogger...
penulis cuma ingin 'berhijrah' dan mengambil angin baru...
segala khilaf dan kesilapan penulis adalah disandarkan ke atas diri penulis sendiri...
bak kata orang pandai makan pandai lah simpan...
tapi penulis tak suka makan dan juga simpan...

buat rakan-rakan yang menyokong dari belakang dalam pembikinan blog ini...
penulis ucapkan jutaan terima kasih...
kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi dalam ruangan yang lain...


Teritip di tepi kota
Mari berkayuh sampan pengail
Imam khatib lagi kan berdosa
ini kan pula kita yang jahil


Sudah puas kutanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Sudah puas kutanam budi
Emas juga dipandang orang


akhir kalam...
wasalam.

p/s:selamat tinggal sayamahupercaya...

The Malay Male...

Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.-Tun Dr Mahathir-

ini tun cakap...
beliau ni mmg suka bercakap berlapik-lapik...
dan berlapis-lapis...
dan penuh seribu satu maksud yang boleh buat orang gila nak tafsirkannya...
tapi tak apalah...
itu dah mmg kerja dia...
kerja kita pulak adalah untuk ambik pengajaran...

kalau ikut perlembagaan Malaysia...
orang melayu adalah mereka yang beragama islam,mengamalkan adat resam orang melayu dan biasa bertutur bahasa melayu...
dan orang melayu ni mmg terkenal dengan kebaikan dan lemah lembutnya...

ana pun orang melayu...
datuk-datuk ana dulu orang Kerinchi datang dari sumatra...
dengan bawak 2 ekor harimau dalam kapal(yang ni ana tak tahu betui ke tak)...
berlayar dan berjalan sampai ke bota kiri...
menetap dan buat bendang...
tapi sekarang bendang pun dah tak ada...
sbb bota kiri dah maju taraf metropolis...

itulah orang melayu dulu-dulu...
memang hebat...
dan hebat berbahasa...
sampai tahap ada pantun mengkritik mereka yang tak jaga bahasa...
pantun tu bunyinya mcm ni...

Apa guna asam paya
Kalau tidak menggulai ikan
Apa guna lagak dan gaya
Kalau bahasa tidak dibicarakan

mari...
kita sama-sama mendaulatkan bahasa...
sebab kalau bukan kita...
tak kn si Raju, Ah Chong atau Brad Pitt nak melaungkan hidup bahasa melayu...

Monday, March 23, 2009

depa kata...

sebelum ana tulis apa-apa...
ada baik juga kalau kita ni buang segala emo yang ada...
sebab menurut sebuah majalah wanita kepunyaan kakak ana yg secara tak sengaja ana terbaca...
emo ni akan buat muka cepat kedut dan x awet muda...

baiklah...
ana memang tak suka berbasa-basi dengan orang ni...
jadi ana mintak maaf kalau sesapa terasa dengan penulisan ana...
ana tak mengata pun...
ana nak cerita je...
bukan ana kutuk peribadi ke apa ke...
tapi tentang penulisan di blog...
kalu tak nak orang baca baik tak payah buat blog...
baik bungkus letak dalam loker...


ini bkn masalah ana cerita pasal hal peribadi ke apa...
cuma masalah istilah orang puteh yang tak berapa patut digunakan pada hemat ana...
mungkin ada yang cakap maksud dia mcm yang lain ke...
tapi masalah orang barat yang keparat ni ana tak payah nak cakap la...
barat yang keparat dan bangsat yang selalu nak sesatkan orang kita...
kita ni mmg selalu ambik benda yang tak baik drpd depa...
semua yang depa cakap dan istilah yang depa guna kita nak ambik...
sesuai tak sesuai...
patut tak patut...
sapa pun tak nak ambik pot...
ambik peduli...

dah cukup...
ana tak nak buang masa bagi tarbiyyah...
ana bukan ahlinya yang patut nak bagi...
kalau sapa2 lagi yg rasa nak penyek-penyek ana dalam periuk buat bubur...
dipersilakan...
ana tak suka makan bubur...
tapi kalu pengat pisang layan lah jugak...

baik ana baca melayu perkasa...

p/s:maafkan ana...ana dah terlalu banyak tercarut lah ini hari...

Friday, March 20, 2009

jarang anak melayu...

ni bukan ana nak mengata...
tapi nak cerita je...
Datuk Abu Hasan Din masa di padang KO-Q cakap kalau nak cerita xpe...
2 la pasai ana nak cerita je ni...
bukan mengata...

ceritanya bermula masa ana tengah jalan2 merayau tengok blog orang...
ana tak kenal pun siapa...
blog ni cerita pasai apa yang di duk buat hari2...
ana pun mmg x layan blog2 mcm ni...
tapi masa usha2 2...
ana tersentak dengan satu statement ni...
yang memang menyampahkan ana...
lepas2 ni mmg tak masuk dah la blog die ni...
ana quote terus je la statement die ni...

"macam biase lah .
gurl memang suke camwhore .
biasa lah ."

wah...
bkn main lagi ya cam whore...
tahu apa 2 whore...
kalau tak tau meh sini ana nak bagi tau...
kalau ikut kamus simpanan ana...
whore = prostitute = is a person,usually a women, who has sex with men in exchange of money...
ini kamus 2 sebut...
nak marah jangan marah kat ana...
marah itu kamus...

wah..
memang jarang anak melayu...
tak payah orang lain cakap...
sendiri mengaku...
hah...
yang ini ana cakap...
kalau nak marah ana...
silakan...

ana dh bnyak kali sebut...
tentang keterbukaan...
tentang kebebasan bersuara...
sesiapa pun berhak bersuara dan bagi pendapat...
tapi yang tak boleh pakai...
layak buat masuk tong...
dan ana nak masukkan blog orang ni dalam tong...
sapa rasa nak marah ana?...
sekali lagi di persilakan...

Saturday, March 14, 2009

antara surau dan kafe....

To love means loving the unlovable.

To forgive means pardoning the unpardonable.

Hope means hoping when everything seems hopeless.

-- G.K. Chesterton (1874-1936)


dunia...dunia...
blah r lu...
jiwang plak...

aku tak kesah kalau korang nak jiwang ke karat ke ape...
bukan masalah aku pun...
bukan korang dating dengan awek aku pun(macam la aku ade awek)...
tapi hormati lah waktu azan berkumandang...
tak kan orang duk laung azan pun masih lagi duk dating di kafe...
kalau kafe jauh xpe la jugak...
ni depan kafe 2 je...
pak imam nak tengah angkat takbir pun boleh tengok korang duk berjiwang...
dunia...dunia...wow...

p/s:lokasi kolej kafe ini terpaksa dirahsiakan atas alasan keselamatan..
kang tak pasai2 je aku makan selipar...wow...

Monday, March 9, 2009

jangan biarkan diri anda....

Gempar...
gegar...


ramai pelajar di UTM kini telah diganggu...
menurut sumber-sumber yang boleh nak dipercayai...
gangguan ini berpunca daripada pembinaan dan pembukaan tapak baru untuk pembinaan infrastruktur baru di sekitar kampus...
penulis juga ada pengalaman diganggu yang tidak dapat diceritakan di sini atas sebab-sebab yang tertentu...
kalau nak tau lebih lanjut pi sini...




dunia...dunia...
jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...
mahupun berselubung dengan selimut sampai ke tengah hari....
mentang-mentanglah sekarang musim hujan...
 


p/s:diganggu di sini bukan bermaksud gangguan bekalan elektrik atau air mahupun air karat yang melekat di kepala tetapi gangguan dari makhluk halus...wow...

Saturday, March 7, 2009

pandang pertama...

dunia...dunia...

Do you notice that how quick we are to form an opinion of a person, to conclude about him/her. We find it satisfying to label another person, to give them a conceptual identity and to pronounce judgment upon them.-si anu(bukan nama sebenar)-

ini bukan aku nak bercerita kisah cinta pandang pertama aku...
atau pun apa2 kisah dari pandangan majazi ini...
tapi pernyataan si anu di atas memang tepat...

kita semua....
Mak Cik, Pak Cik,Minah Cun, Mat Rempit, Minah Kelisa, Mat Proton,
Datuk Mercedez, Datin Ranggi, Pak Lebai,Janda, Duda, Mat Cool, Mat Spana, Minah Spana,Pak Haji, Tok Khatib, Tok Bilal, Ketua Kampong, Imam, Kadi...
hanya iman dan taqwa yang membezakan kita...

abes 2 ni apehal...
nak suke2 hati bapak mentua sebelah mak tiri kau je...
label dan kutuk orang...
ni mesti tak lain dan tak bukan...
fahaman holier than thou dah meresap dalam diri ni...

kereta api warna merah...
piiirah...-imuda dalam pi mai pi mai tangtu-


p/s:post2 sebelum ini tak menyentuh mana-mana individu yang sedang hidup atau yang sudah mati...
kamu bemaksud bukan anda yang sedang membaca ya...

Monday, March 2, 2009

another brick in the wall...

I have seen the writing on the wall.Don't think i need anything at all...
All in all it was just another brick in the wall...
-Pink Floyd-


laa...
pahal pulak ni...
c'mon la...
kata open minded...
tak kan tak boleh kene kutuk sikit...

kalau cakap kamu...
semua orang kena dengar
kena terima...
kalau tak terima...
kamu cakap orang lain pulak kolot...
tak up to date la...
tak open minded la...
kampung la...
aih..
tak kan kutuk kat blog pun tak boleh...

ceh...
kononnya cakap percaya kepada keterbukaan...
nah...
kan dah kena kat batang hidung sendiri...
dunia...dunia...

keterbukaan...
memang betul...
semua orang pun boleh nak bagi pendapat...
tapi tak semua pendapat boleh diterima pakai...
pendapat2 yang tak boleh pakai ni...
layak buat masuk tong je...


aku pun percaya kepada keterbukaan...
tapi sekarang musim hujan...
aku dah tak suka tido bukak-bukak baju ni...


bak kata aiman...
ini bukan blog ali... ini bukan blog abu...
ini blog aku...


P/s:apa,ingat ana layan oasis je ke...ana pun layan jugak pink floyd tau...

Saturday, February 28, 2009

wow...

wow...


tak boleh blah betui...
ni dah melampau...
dah lebih dah ni...
beragak-ragak la sikit...


aku dah lame pendam perasaan ni...
makin lama makin membara dan membakar jiwa...
phewwwitt...
jiwang siot...
tapi dunia...dunia...wow...

ini bukan aku nak bagi ceramah agama...
aku ni mmg bukan orang yang patut nak bagi kuliah kat orang...
itu dah lama aku sedar dan tahu...
aku pun bukan belajar agama sampai tahap 4 senawi...
tu la...dulu abah nak antar ngaji kat maahad tak nak...
nak jugak pegi masuk mara...

tapi ini bukan satu hal yang besar pun bagi sesetengah orang...
tapi besar jugak pada aku...
bahkan lebih drpd isu politik kat Perak skang ni..
teringat aku pada kisah imam syafie...
"Aku mengadu kepada guruku Waqi'i tentang buruknya hafalanku
Beliau kemudian menyuruhku meninggalkan kemaksiatan
Dan memberi tahuku bahawa ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat."



kod etika berpakaian dah lama ada...
besar pun poster die...
kat mane-mane pun ada tampal dalam U ni...
tipu la kalu cakap tak penah baca...
kalau buku termo kk dengan transport process 2 boleh pulak khatam sampai 7 kali...
takkan poster etika berpakaian pun bebal sangat nak paham...
tak kire amoi tak amoi...
jejak je kaki kt fakulti ni..
tiap hari jgak la aku akan tersebut...wow...
masya allah...
dunia...dunia...

P/S: teringat ana kata-kata ustaz R*& time jalan bersama...
"apa,ingat ni fakulti bapak dia?!"stail cakap ngajuk sahabus samahah mufti perak...
kah...kah...kah...terguling...keras perut ana...wow...

Friday, February 20, 2009

kualiti air?

gempar...
panas...
hangat...
terbakar...
meletup...



kini semakin ramai pelajar2 UTM yang berambut karat...
apakah kualiti air paip UTM kini sudah tercemar dengan kelodak sisa karat?
atau ada benda selain air paip yang sudah tercemar di UTM?
apa ke jadahnya semua ini?


p/s:dunia...dunia..jual orang lagi untung dari jual unta...wow!-husin Lempoyang-

Tuesday, February 17, 2009

kejo yop kejo

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

bagus...
Malaysia boleh...
skuad seladang boleh...
tahniah pasukan perak...
berjaya tumpaskan johor FC 1-0...
juga tahniah kepada starball striker perak yg baru...
iaitu Razali Umar Kundasami...
Khalid Jamlus mmg dh boleh blah...
kami mmg x perlukan khidmat kamu lagi...


buat razali...
walaupun orang gelar kamu jaguh kampung...
tapi tak apa...
kamu tetap wira aku...
wira dan harapan seluruh rakyat perak yg menyokong skuad seladang dan bola sepak tempatan...

ini aku bkn nak menyindir atau perli...
sungguh...
aku dah lame bertobat drpd cakap madah berhelah dan sinis ni...
tapi ini semua mmg bukan salah kita...
tapi salah globalisasi...
ya...
globalisasi...

kalau dulu stadium perak setiap kali ade match...
pasti penuh...
kalau kat kampung aku dah jadi mcm satu tradisi...
berkunjung ke stadium pada malam minggu adalah satu kemestian...
semue pun datang...
tak kire perempuan atau lelaki...
yang dh season atau pun budak2 kecik...
semue pun nak datang tengok Perak beraksi...
paluan gendang dan rebana di stadium...
memang menaikkan semangat...
seolah-olah satu peperangan dan pertempuran hebat sedang berlaku...
sambil bendera Perak dikibar dan dijulang megah...

tapi hari ni...
semua pun nak tengok BPL...
la liga dan serie A...
seronok sangat pi tengok orang putih dan hitam main bola...
hilang sudah penonton di stadium...
hilang sudah semangat kesukanan itu...
hilang sudah kemegahan mengebar dan menjulang bendera...
hilang juga keseronokan bersama-sama keluarga menghabiskan masa bersama di stadium...

tapi tak ape la...
nak buat mcm mane...
inilah dia bahana globalisasi...
budak-budak pun sekarang semue pun dah tak main bola...
yang depa tahu menangut depan skrin pc je..
main game...
bila masalah obesiti di kalangan remaja meningkat...
mak bapak salahkan sekolah dan kerajaan...
sebab tak terapkan budaya sukan pada anak-anak...
padahai mak-bapak sendiri yang lagi suka tengok anak-anak depa duk rumah jadi kera sumbang...
tak reti bergaul dan tak suka berkawan...
bukan nak kata berkawan...
jiran sebelah bilik pun tak tahu dan tak pernah pun ambil pusing nak bertegur sapa...


p/s: aku nak bertaubat...

Saturday, February 14, 2009

retorik dari Lem...

tak percaya...
tapi ini terjadi...

kita semua....
Mak Cik, Pak Cik,Minah Cun, Mat Rempit, Minah Kelisa, Mat Proton,
Datuk Mercedez, Datin Ranggi, Pak Lebai,Janda, Duda, Mat Cool, Mat Spana, Minah Spana,Pak Haji, Tok Khatib, Tok Bilal, Ketua Kampong, Imam, Kadi...
adalah bebas bersuara...
semua orang pun boleh go blog sekarang ni...
semua orang pun bebas mengexpresikan diri mereka...
mengikut acuan mana yang mereka kehendaki...

kalau rasa diri hebat nak cerita pasai diri sendiri...
tulislah...
kalau rasa diri jiwang nak tulis pasai selalu jatuh dan putus cinta...
tulislah...
kalau rasa diri suka bercerita dan nak cerita buat apa hari ni(diari)...
tulislah...
kalau rasa diri bagus sangat nak kutuk orang...
tulislah...

orang lain buat blog...
kita pun boleh buat blog...
orang lain tulis macam2...
kita pun boleh tulis macam2...
memang xde hal la..
tak jadi isu pun...
kan kita ni free citizen in a free country...
tapi kalau orang meluat bace memang tak datang dah la...


tapi free...
free jugak...
tapi beragak la skit...
bile orang bagi nasihat...
bile suruh buat bende yang baik...
amar ma'ruf nahi mungkar..
respek la skit..

xpe la kalau dah kamu tak nak dengar dan ikut...
nak buat macam mane dah kamu tak makan saman...
tapi jangan la mempersenda-sendakan nasihat dan orang yg berdakwah itu...
dengan bangga pulak 2...
apa?...
kamu ingat kamu holier than thou ya...

aku ni mmg lah bukannye baik sangat...
apatah lagi untuk memberi nasihat dan berdakwah ni...
tu aku dah lame tau...
tapi...
sekurang-kurangnya aku tahu...
bile datang orang bagi mengajaran kat kite...
kita patut terima nasihat dan teguran tu...
terima dengan hati yang terbuka...
dan berlapang dada..
lagi2 kalau orang yang lebih 'alim drpd kita yg bagi...
terutamanya budak-budak tabligh ni...
mereka tu pun manusia jugak...
ada hati dan perasaan macam kita semua...
cumanya depa tu lagi bagus drpd kita ni drpd bermacam segi ,bucu dan bentuk...


tapi kalau dah mcm ni yang kamu bagi...
sekali lagi...
apa?...
kamu ingat kamu holier than thou...




tak percaya...
tapi ini terjadi...

p/s:siapa terasa padan muka...sape suruh makan cabai banyak2...

Friday, February 6, 2009

Gelora melanda di sungai Perak...

gelora melanda di sungai Perak...


Sepanjang minggu ini kita telah digemparkan dengan konflik yg melanda di negeri perak iaitu perubahan tampuk kepimpinan negeri yang sebelum ini diterajui oleh MB hj Ir Nizar Jamaluddin.Konflik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila berlaku pertempuran antara orang awam dengan polis anti rusuhan di perkarangan masjid ubudiah, kuala kangsar selepas solat jumaat tadi.

sedih...
melihatkan negeri tanah tumpah sendiri...
dilanda satu pergolakan...
dan lebih sedih lagi...
melihat gambar hj nizar dalam paper tadi melambai tangan kepada orang ramai drpd dalam kereta...
jelas kesedihan terpapar di wajah beliau...
tapi itulah hakikat percaturan politik...
seni yang paling tinggi kata Imam Ghazali...


apa lagi yang nak dikata...
ini kan dah takdir allah...
syabas Hj Nizar...
kerana bersikap gentlement...
moga banyak2 lah bawak bersabar ya...
jasa-jasa mu selama 11 bulan menjadi MB akan dikenang oleh seluruh warga perak...
juga tidak dapat dilupakan kenangan mendengar ceramah tuan di kg teluk kepayang tahun lepas...

juga tahniah kepada MB baru perak...
MB DR Zambry Abdul Kadir...
diharap anda akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada perak...
dan yang lebih penting lagi...
menamatkan kekalutan yang melanda ini...
serta memajukan lagi negeri perak(terutama kawasan bota kiri)...

juga tahniah kepada Sultan Perak...
di atas kebijaksanaan baginda...
menyelesaikan krisis yang melanda...

dan juga kepada seluruh warga perak...
diharap anda semua dapat mengawal emosi masing-masing ya...
gunakan akal yang waras untuk bertindak dan mengikut saluran yang betul...





gelora itu masih belum berakhir di sungai Perak...

Rona Roni Makaroni : bukan satu kritikan

kopi yang sedap itu,lebih pahit dari manisnya...


Drama ini mengisahkan mengenai watak Rona(lakonan sharifah i sound silly in bahasa) seorang gadis kampung yang lari ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mencari bapanya yang bernama Jalil. Sesampai di Kuala Lumpur, secara tidak sengaja Rona dipertemukan dengan Roni yang membuka sebuah restoran. Rona juga merupakan seorang yang amat gemar makan makaroni...-sinopsis ini diedit dari sebuah laman web yang suka menulis tentang drama2 melayu terbaru di tv-



aku bukan la seorang peminat tegar siri drama2 melayu ni...
lagi2 kalau i sound silly in bahasa ni yang berlakon...
tapi tak apa la...
dah duk rumah boring2 mase cuti...
duk depan tv family pulak tengah layan tengok drama ni...
aku pun tumpang la layan sekali...
dah lame2 tengok mcm syok la pulak...
lagi syok la skit dari crite puaka niang rapik 2...

tapi apa yang menarik sangat tentang drama ni ya....
sampai boleh terlintas di lingkaran sudut hati ini nak menulis tentangnya....
hah...
sebelum tengok drama ni aku memang skeptikal sikit...
bukan pasai apa...
sbb sharifah i sound silly in bahasa yang berlakon...

tapi aku salah...
memang salah...
perwatakan die dalam crite ni memang buat aku terperanjat...
ye la...
seorang gadis kampung yang loklak...
pakai baju kurung kedah...
dan yang paling menarik...
cakap loghat utara...

wah...
bukan main lagi sharipah i sound silly in bahasa ni sekarang ya...
dah pandai speaking utara...
tapi ok la sharipah...
hang memang sound silly in bahasa...
tapi hang sound funny la speaking utara...
boleh tahan jugak...


aku bukan la apa...
ni bukan aku nak promote crite ni...
apatah lagi mula meminati lakonan syaripah...
tapi sekarang memang tak banyak crite yang tonjolkan imej wanita melayu...
sekurang-kurangnya ada lagi imej wanita melayu yang dipertontonkan dewasa ini...
itu belum cakap pasal imej wanita islam melayu...
memang boleh kata tak ada...
yang banyak sekarang semue crite hantu kurafat dan kisah cinta yang meloyakan...



kopi yang sedap itu, lebih pahit dari manisnya...

Saturday, January 31, 2009

bota best...

gempar...

sepanjang minggu ini kita telah dikejutkan dengan satu berita iaitu ADUN bota,Dato Nasarudin hashim yang telah melompat parti.DUN Bota,yang amat membangun dan maju ini telah menjadi perhatian seluruh negara ekoran daripada isu yang mendapat liputan media arus perdana ini...

mana la aku nak tau...
memang la orang kampung aku...
tapi mane la aku nak kenai dgn die...
dah2...
janji kg teluk kepayang,bote kiri ni sentiasa best dan dirahmati...


oh ya...
tak lupa juga tahniah diucapkan kepada Sultan perak...
sempena jubli perak yang menandakan sudah 25 tahun baginda memerintah negeri Perak...
terima kasih juga kerana bagi cuti pada 3 Feb ini...
ampun tuanku....
daulat tuanku...
semoga negeri perak terus aman dan makmur di bawah pemerintahan baginda...

Saturday, January 24, 2009

yang cun je...

air hangat itu...
buat membancuh kopi di dinihari...

aku ade sorang member...
die ni aku memang respek habis la...
orangnye memang 'alim dan join tabligh...
perangai usah cakap lah...
memang serba-serbi baik dan banyak diam...
kecuali kalau orang yang tanya apa2 kat die...
nafsu mutmainah tu memang ade la pada diri die ni...
die ni memang selalu la jadi tempat rujukan dan pertanyaan drpd aku yang tak berapa nak baik mcm die...

satu hari yang suam-suam kuku(sebab ekon kat kelas aku mcm kurang efficiency)...
dan baru lepas drpd mengundi pilihan raya kampus...
aku pun tanya la kat dia satu soalan yang amat general...
"hang mengundi sape tadi?"...
die jawab bersahaja sambil tersenyum...
"aku buat undi rosak"...
"aku tak pangkah sapa-sapa pun"...
peh,terkedu aku buat seketika...
aku pun tanya la dengan penuh minat "pasai apa?"...
"sebab aku tak kenal sapa yang jadi calon tu"...
"esok kita kena tanya kenapa pangkah orang tu jadi pemimpin padahai kita tak kenal depa tu pun"...
jawab beliau sambil senyum...

peh...
satu tamparan buat aku...
tenang dimata tapi bergelora di hati...
peh,mcm putus cinta la pulak...
tapi apa yang dia cakap tu memang betul..
aku pun memang tak kenal sesapa yang aku pangkah atas kertas undi tadi tu...
bukan nak kata aku saja..
tapi orang lain pun mcm tu jugak...
tak ramai yang ambil berat tentang pilihan raya kampus...
semua pun busy...
semua pun maleh nak ambil tahu...

mengundi sebab dah fakulti yang wajibkan...
tak pegi nanti kene panggil la pulak...
lagi pun lepas mengundi dapat jugak merasa minum air kotak...

aku terkena hari ini...
selalu tu aku yang kenakan orang...
kata-kata sinis seperti "otak lekat kat kepala bukan kat lutut"...
terkena pulak pada aku...
ye la...
aku hari tu main pangkah je ikut sedap dan ikut dan je...
satu sebab aku memang tak kenal calon2 yang bertanding...
satu lagi sebab dah lewat nak ke kelas...
bukan aku sorang...
orang lain pun sama jugak...
walaupun aku tak tahu berapa peratusannya...
tapi rata-rata pun memang begitu...
yang pangkah ikut mana yang lawa dan yang hensem usah kiralah...
kalau tanya pasti ramai...


air hangat itu...
buat membancuh kopi di dinihari...

Saturday, January 10, 2009

cukuplah...

tak cukup...

"dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan semua manusia tetapi tidak akan cukup untuk memenuhi tamak haloba seorang manusia"-mahatma ghandi-


ini mahatma ghandi cakap...
aku pun tak berapa nak kenal dengan die ni...
tapi...
apa yang dia cakap ni memang betul...
walaupun dah lebih 60 tahun die cakap bende ni...
tapi masih relevan...

imam Ghazali pun pernah tanya kepada murid-murid beliau...
apakah perkara yang paling besar dalam dunia ini...
murid-muridnya menjawab gunung,laut dan bumi...
imam ghazali kemudian membenarkan jawapan murid-muridnya...
tapi perkara paling besar atas dunia ialah nafsu kata imam ghazali...

nafsu...
selagi bernafas manusia selagi itu lah bernafsu...
kita ni memang tak pernahnya yang cukup...
tak pernah pikir orang lain pun...
duk kira perut kita sorang je...
orang lain nak jadi apa lantak kamu lah...
padahal mereka itu bukan orang lain pun...
masyarakat kita jugak...
jiran sebelah rumah kita jugak...
jangan kata nak tanya dah makan belum...
bertegur sapa dengan orang sebelah bilik pun tak penah...


aku bukan apa...
aku ni pun memanglah bukannye baik sangat...
tapi kalau diorang tu susah kita pun susah...
kalau diorang tu senang kita pun turut senang...
ini bukan aku yang kata...
tapi memang dah adat hidup...

dah cukup...

p/s:sapa yang termakan cili tu cepat-cepat la minum air gula ya...
kalau tak hilang jugak pedas pi hentuk kepala hang kat bucu meja study tu...

Saturday, January 3, 2009

label...

sekarang dah tahun baru...

orang cakap mereka ni kolot...
conservatif...
puak lama...
dah tak boleh pakai...
mengarut...
dan tak befikiran terbuka...

memang betul...
sebagai seorang insan yang percaya dengan globalisasi,meritokrasi dan masuk kolej matrikulasi serta skor pngk 3.5...
aku juga percaya kepada keterbukaan...
sekarang malam selalu panas...
aku selalu tido bukak baju...

aku bukan lah apa...
tapi bila orang cakap benda betul...
kebenaran...
dan yang hak...
kamu label macam-macam...
tadi kata open minded...
ni mesti kamu rasa diri holier than thou kan...
hah...
kan kamu dah kena label balik...

sekarang dah tahun baru...