Friday, February 6, 2009

Gelora melanda di sungai Perak...

gelora melanda di sungai Perak...


Sepanjang minggu ini kita telah digemparkan dengan konflik yg melanda di negeri perak iaitu perubahan tampuk kepimpinan negeri yang sebelum ini diterajui oleh MB hj Ir Nizar Jamaluddin.Konflik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila berlaku pertempuran antara orang awam dengan polis anti rusuhan di perkarangan masjid ubudiah, kuala kangsar selepas solat jumaat tadi.

sedih...
melihatkan negeri tanah tumpah sendiri...
dilanda satu pergolakan...
dan lebih sedih lagi...
melihat gambar hj nizar dalam paper tadi melambai tangan kepada orang ramai drpd dalam kereta...
jelas kesedihan terpapar di wajah beliau...
tapi itulah hakikat percaturan politik...
seni yang paling tinggi kata Imam Ghazali...


apa lagi yang nak dikata...
ini kan dah takdir allah...
syabas Hj Nizar...
kerana bersikap gentlement...
moga banyak2 lah bawak bersabar ya...
jasa-jasa mu selama 11 bulan menjadi MB akan dikenang oleh seluruh warga perak...
juga tidak dapat dilupakan kenangan mendengar ceramah tuan di kg teluk kepayang tahun lepas...

juga tahniah kepada MB baru perak...
MB DR Zambry Abdul Kadir...
diharap anda akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada perak...
dan yang lebih penting lagi...
menamatkan kekalutan yang melanda ini...
serta memajukan lagi negeri perak(terutama kawasan bota kiri)...

juga tahniah kepada Sultan Perak...
di atas kebijaksanaan baginda...
menyelesaikan krisis yang melanda...

dan juga kepada seluruh warga perak...
diharap anda semua dapat mengawal emosi masing-masing ya...
gunakan akal yang waras untuk bertindak dan mengikut saluran yang betul...





gelora itu masih belum berakhir di sungai Perak...

No comments: