Tuesday, February 17, 2009

kejo yop kejo

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

bagus...
Malaysia boleh...
skuad seladang boleh...
tahniah pasukan perak...
berjaya tumpaskan johor FC 1-0...
juga tahniah kepada starball striker perak yg baru...
iaitu Razali Umar Kundasami...
Khalid Jamlus mmg dh boleh blah...
kami mmg x perlukan khidmat kamu lagi...


buat razali...
walaupun orang gelar kamu jaguh kampung...
tapi tak apa...
kamu tetap wira aku...
wira dan harapan seluruh rakyat perak yg menyokong skuad seladang dan bola sepak tempatan...

ini aku bkn nak menyindir atau perli...
sungguh...
aku dah lame bertobat drpd cakap madah berhelah dan sinis ni...
tapi ini semua mmg bukan salah kita...
tapi salah globalisasi...
ya...
globalisasi...

kalau dulu stadium perak setiap kali ade match...
pasti penuh...
kalau kat kampung aku dah jadi mcm satu tradisi...
berkunjung ke stadium pada malam minggu adalah satu kemestian...
semue pun datang...
tak kire perempuan atau lelaki...
yang dh season atau pun budak2 kecik...
semue pun nak datang tengok Perak beraksi...
paluan gendang dan rebana di stadium...
memang menaikkan semangat...
seolah-olah satu peperangan dan pertempuran hebat sedang berlaku...
sambil bendera Perak dikibar dan dijulang megah...

tapi hari ni...
semua pun nak tengok BPL...
la liga dan serie A...
seronok sangat pi tengok orang putih dan hitam main bola...
hilang sudah penonton di stadium...
hilang sudah semangat kesukanan itu...
hilang sudah kemegahan mengebar dan menjulang bendera...
hilang juga keseronokan bersama-sama keluarga menghabiskan masa bersama di stadium...

tapi tak ape la...
nak buat mcm mane...
inilah dia bahana globalisasi...
budak-budak pun sekarang semue pun dah tak main bola...
yang depa tahu menangut depan skrin pc je..
main game...
bila masalah obesiti di kalangan remaja meningkat...
mak bapak salahkan sekolah dan kerajaan...
sebab tak terapkan budaya sukan pada anak-anak...
padahai mak-bapak sendiri yang lagi suka tengok anak-anak depa duk rumah jadi kera sumbang...
tak reti bergaul dan tak suka berkawan...
bukan nak kata berkawan...
jiran sebelah bilik pun tak tahu dan tak pernah pun ambil pusing nak bertegur sapa...


p/s: aku nak bertaubat...

1 comment:

kaum muda yakuza said...

foolow aku pul,kau pnye blog xda link follow