Saturday, January 24, 2009

yang cun je...

air hangat itu...
buat membancuh kopi di dinihari...

aku ade sorang member...
die ni aku memang respek habis la...
orangnye memang 'alim dan join tabligh...
perangai usah cakap lah...
memang serba-serbi baik dan banyak diam...
kecuali kalau orang yang tanya apa2 kat die...
nafsu mutmainah tu memang ade la pada diri die ni...
die ni memang selalu la jadi tempat rujukan dan pertanyaan drpd aku yang tak berapa nak baik mcm die...

satu hari yang suam-suam kuku(sebab ekon kat kelas aku mcm kurang efficiency)...
dan baru lepas drpd mengundi pilihan raya kampus...
aku pun tanya la kat dia satu soalan yang amat general...
"hang mengundi sape tadi?"...
die jawab bersahaja sambil tersenyum...
"aku buat undi rosak"...
"aku tak pangkah sapa-sapa pun"...
peh,terkedu aku buat seketika...
aku pun tanya la dengan penuh minat "pasai apa?"...
"sebab aku tak kenal sapa yang jadi calon tu"...
"esok kita kena tanya kenapa pangkah orang tu jadi pemimpin padahai kita tak kenal depa tu pun"...
jawab beliau sambil senyum...

peh...
satu tamparan buat aku...
tenang dimata tapi bergelora di hati...
peh,mcm putus cinta la pulak...
tapi apa yang dia cakap tu memang betul..
aku pun memang tak kenal sesapa yang aku pangkah atas kertas undi tadi tu...
bukan nak kata aku saja..
tapi orang lain pun mcm tu jugak...
tak ramai yang ambil berat tentang pilihan raya kampus...
semua pun busy...
semua pun maleh nak ambil tahu...

mengundi sebab dah fakulti yang wajibkan...
tak pegi nanti kene panggil la pulak...
lagi pun lepas mengundi dapat jugak merasa minum air kotak...

aku terkena hari ini...
selalu tu aku yang kenakan orang...
kata-kata sinis seperti "otak lekat kat kepala bukan kat lutut"...
terkena pulak pada aku...
ye la...
aku hari tu main pangkah je ikut sedap dan ikut dan je...
satu sebab aku memang tak kenal calon2 yang bertanding...
satu lagi sebab dah lewat nak ke kelas...
bukan aku sorang...
orang lain pun sama jugak...
walaupun aku tak tahu berapa peratusannya...
tapi rata-rata pun memang begitu...
yang pangkah ikut mana yang lawa dan yang hensem usah kiralah...
kalau tanya pasti ramai...


air hangat itu...
buat membancuh kopi di dinihari...

6 comments:

syabab said...

maka kesimpulannya..kita kenal dgn calon yang bertanding..dan barulah boleh pangkah.. teringat zaman pangkah calon utk BWP masa kat sekolah dulu..
[antra calon yg tak menang] ^_~
agreed with ur post! zamn skang ni asal cantik dan handsome itulah yg mnjadi pilihan..

Maryam said...

bersikap tidak ambil peduli, itulah lebih parah!

Seri Kandi Siti Hadjar Md Arshad said...

"aku pun memang tak kenal sesapa yang aku pangkah atas kertas undi tadi tu...
bukan nak kata aku saja..
tapi orang lain pun mcm tu jugak...
tak ramai yang ambil berat tentang pilihan raya kampus...
semua pun busy...
semua pun maleh nak ambil tahu..."


Ada orang kata, semue nih tak penting..
Tapi bila dah kuar macam2 isu, baru nak tunding menunding..

.:Srikandi :. said...

"pangkah la yang cun ngan hensem je"

biasa dengaq dialog tu time PRK kan..

tp bg mahasiswa yg prihatin, dia tak kesah org cakap dia semangat ke apa,tp dia ttp nk tau sikit sbyk ttg calon..supaya sape yg dia pangkah,takkan menyusahkan hidup dia sepanjang tempoh dia kat u nnt

muka cun tak semestinya reti wat keja..muka tak hensem kadang-kadang rajin sungguh nk berkhidmat

btul jgk kate NYDP kita,
"Tapi bila dah kuar macam2 isu, baru nak tunding menunding.."

Anda cuba kerja bersama MPP sesi baru ini..anda akan rasa kelainan antara bekerja bersama dengan sekadar melihat dari jauh..dan selepas tu, mungkin anda boleh memberi kritikan membina spy kelemahan dpt dibaiki

tentang perubahan MPP lakukan,mungkin boleh duduk semeja berbincang =)

wallahua'lam

Lem said...

bukan nak tunding-menunding...
tapi memang tak ramai pelajar yang cukup ambil berat pun untuk tunding-menunding ni...
jangan lah risau sangat...


kepada khalifatun khairiah saya ucapkan terima kasih atas jemputan anda ya...
tapi kritikan yang datang dari dalam itu selalunya tak berapa nak membina dan ikhlas...
kritikan dari mereka yang duk perati dr jauh itu selalunya lebih ikhlas walaupun tak membina...

.:Srikandi :. said...

salam..
mahasiswa responsif seperti anda memang diperlukan,mujur masih ada.
komen dari jauh dan ikhlas tak semestinya tak membina,bergantung pda niat masing2.
Renung2kan..

"Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka mengubahnya sendiri."