Friday, February 6, 2009

Rona Roni Makaroni : bukan satu kritikan

kopi yang sedap itu,lebih pahit dari manisnya...


Drama ini mengisahkan mengenai watak Rona(lakonan sharifah i sound silly in bahasa) seorang gadis kampung yang lari ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mencari bapanya yang bernama Jalil. Sesampai di Kuala Lumpur, secara tidak sengaja Rona dipertemukan dengan Roni yang membuka sebuah restoran. Rona juga merupakan seorang yang amat gemar makan makaroni...-sinopsis ini diedit dari sebuah laman web yang suka menulis tentang drama2 melayu terbaru di tv-



aku bukan la seorang peminat tegar siri drama2 melayu ni...
lagi2 kalau i sound silly in bahasa ni yang berlakon...
tapi tak apa la...
dah duk rumah boring2 mase cuti...
duk depan tv family pulak tengah layan tengok drama ni...
aku pun tumpang la layan sekali...
dah lame2 tengok mcm syok la pulak...
lagi syok la skit dari crite puaka niang rapik 2...

tapi apa yang menarik sangat tentang drama ni ya....
sampai boleh terlintas di lingkaran sudut hati ini nak menulis tentangnya....
hah...
sebelum tengok drama ni aku memang skeptikal sikit...
bukan pasai apa...
sbb sharifah i sound silly in bahasa yang berlakon...

tapi aku salah...
memang salah...
perwatakan die dalam crite ni memang buat aku terperanjat...
ye la...
seorang gadis kampung yang loklak...
pakai baju kurung kedah...
dan yang paling menarik...
cakap loghat utara...

wah...
bukan main lagi sharipah i sound silly in bahasa ni sekarang ya...
dah pandai speaking utara...
tapi ok la sharipah...
hang memang sound silly in bahasa...
tapi hang sound funny la speaking utara...
boleh tahan jugak...


aku bukan la apa...
ni bukan aku nak promote crite ni...
apatah lagi mula meminati lakonan syaripah...
tapi sekarang memang tak banyak crite yang tonjolkan imej wanita melayu...
sekurang-kurangnya ada lagi imej wanita melayu yang dipertontonkan dewasa ini...
itu belum cakap pasal imej wanita islam melayu...
memang boleh kata tak ada...
yang banyak sekarang semue crite hantu kurafat dan kisah cinta yang meloyakan...



kopi yang sedap itu, lebih pahit dari manisnya...