Saturday, February 28, 2009

wow...

wow...


tak boleh blah betui...
ni dah melampau...
dah lebih dah ni...
beragak-ragak la sikit...


aku dah lame pendam perasaan ni...
makin lama makin membara dan membakar jiwa...
phewwwitt...
jiwang siot...
tapi dunia...dunia...wow...

ini bukan aku nak bagi ceramah agama...
aku ni mmg bukan orang yang patut nak bagi kuliah kat orang...
itu dah lama aku sedar dan tahu...
aku pun bukan belajar agama sampai tahap 4 senawi...
tu la...dulu abah nak antar ngaji kat maahad tak nak...
nak jugak pegi masuk mara...

tapi ini bukan satu hal yang besar pun bagi sesetengah orang...
tapi besar jugak pada aku...
bahkan lebih drpd isu politik kat Perak skang ni..
teringat aku pada kisah imam syafie...
"Aku mengadu kepada guruku Waqi'i tentang buruknya hafalanku
Beliau kemudian menyuruhku meninggalkan kemaksiatan
Dan memberi tahuku bahawa ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat."



kod etika berpakaian dah lama ada...
besar pun poster die...
kat mane-mane pun ada tampal dalam U ni...
tipu la kalu cakap tak penah baca...
kalau buku termo kk dengan transport process 2 boleh pulak khatam sampai 7 kali...
takkan poster etika berpakaian pun bebal sangat nak paham...
tak kire amoi tak amoi...
jejak je kaki kt fakulti ni..
tiap hari jgak la aku akan tersebut...wow...
masya allah...
dunia...dunia...

P/S: teringat ana kata-kata ustaz R*& time jalan bersama...
"apa,ingat ni fakulti bapak dia?!"stail cakap ngajuk sahabus samahah mufti perak...
kah...kah...kah...terguling...keras perut ana...wow...

Friday, February 20, 2009

kualiti air?

gempar...
panas...
hangat...
terbakar...
meletup...



kini semakin ramai pelajar2 UTM yang berambut karat...
apakah kualiti air paip UTM kini sudah tercemar dengan kelodak sisa karat?
atau ada benda selain air paip yang sudah tercemar di UTM?
apa ke jadahnya semua ini?


p/s:dunia...dunia..jual orang lagi untung dari jual unta...wow!-husin Lempoyang-

Tuesday, February 17, 2009

kejo yop kejo

Malaysia jatuh tiga anak tangga dalam senarai kedudukan terbaik dunia apabila menduduki tangga 161 dalam ranking bola sepak dunia terkini yang dikeluarkan oleh Pesekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kedudukan itu adalah yang kedua terendah pernah dicapai oleh Malaysia.

Kenurut laman web FIFA, Malaysia memungut 104 mata pada Februari tetapi kurang 10 mata berbanding senarai yang dikeluarkan bulan lalu, dan hanya sembilan anak tangga lebih baik berbanding kedudukan terendah iaitu tangga 170 April tahun lalu.

bagus...
Malaysia boleh...
skuad seladang boleh...
tahniah pasukan perak...
berjaya tumpaskan johor FC 1-0...
juga tahniah kepada starball striker perak yg baru...
iaitu Razali Umar Kundasami...
Khalid Jamlus mmg dh boleh blah...
kami mmg x perlukan khidmat kamu lagi...


buat razali...
walaupun orang gelar kamu jaguh kampung...
tapi tak apa...
kamu tetap wira aku...
wira dan harapan seluruh rakyat perak yg menyokong skuad seladang dan bola sepak tempatan...

ini aku bkn nak menyindir atau perli...
sungguh...
aku dah lame bertobat drpd cakap madah berhelah dan sinis ni...
tapi ini semua mmg bukan salah kita...
tapi salah globalisasi...
ya...
globalisasi...

kalau dulu stadium perak setiap kali ade match...
pasti penuh...
kalau kat kampung aku dah jadi mcm satu tradisi...
berkunjung ke stadium pada malam minggu adalah satu kemestian...
semue pun datang...
tak kire perempuan atau lelaki...
yang dh season atau pun budak2 kecik...
semue pun nak datang tengok Perak beraksi...
paluan gendang dan rebana di stadium...
memang menaikkan semangat...
seolah-olah satu peperangan dan pertempuran hebat sedang berlaku...
sambil bendera Perak dikibar dan dijulang megah...

tapi hari ni...
semua pun nak tengok BPL...
la liga dan serie A...
seronok sangat pi tengok orang putih dan hitam main bola...
hilang sudah penonton di stadium...
hilang sudah semangat kesukanan itu...
hilang sudah kemegahan mengebar dan menjulang bendera...
hilang juga keseronokan bersama-sama keluarga menghabiskan masa bersama di stadium...

tapi tak ape la...
nak buat mcm mane...
inilah dia bahana globalisasi...
budak-budak pun sekarang semue pun dah tak main bola...
yang depa tahu menangut depan skrin pc je..
main game...
bila masalah obesiti di kalangan remaja meningkat...
mak bapak salahkan sekolah dan kerajaan...
sebab tak terapkan budaya sukan pada anak-anak...
padahai mak-bapak sendiri yang lagi suka tengok anak-anak depa duk rumah jadi kera sumbang...
tak reti bergaul dan tak suka berkawan...
bukan nak kata berkawan...
jiran sebelah bilik pun tak tahu dan tak pernah pun ambil pusing nak bertegur sapa...


p/s: aku nak bertaubat...

Saturday, February 14, 2009

retorik dari Lem...

tak percaya...
tapi ini terjadi...

kita semua....
Mak Cik, Pak Cik,Minah Cun, Mat Rempit, Minah Kelisa, Mat Proton,
Datuk Mercedez, Datin Ranggi, Pak Lebai,Janda, Duda, Mat Cool, Mat Spana, Minah Spana,Pak Haji, Tok Khatib, Tok Bilal, Ketua Kampong, Imam, Kadi...
adalah bebas bersuara...
semua orang pun boleh go blog sekarang ni...
semua orang pun bebas mengexpresikan diri mereka...
mengikut acuan mana yang mereka kehendaki...

kalau rasa diri hebat nak cerita pasai diri sendiri...
tulislah...
kalau rasa diri jiwang nak tulis pasai selalu jatuh dan putus cinta...
tulislah...
kalau rasa diri suka bercerita dan nak cerita buat apa hari ni(diari)...
tulislah...
kalau rasa diri bagus sangat nak kutuk orang...
tulislah...

orang lain buat blog...
kita pun boleh buat blog...
orang lain tulis macam2...
kita pun boleh tulis macam2...
memang xde hal la..
tak jadi isu pun...
kan kita ni free citizen in a free country...
tapi kalau orang meluat bace memang tak datang dah la...


tapi free...
free jugak...
tapi beragak la skit...
bile orang bagi nasihat...
bile suruh buat bende yang baik...
amar ma'ruf nahi mungkar..
respek la skit..

xpe la kalau dah kamu tak nak dengar dan ikut...
nak buat macam mane dah kamu tak makan saman...
tapi jangan la mempersenda-sendakan nasihat dan orang yg berdakwah itu...
dengan bangga pulak 2...
apa?...
kamu ingat kamu holier than thou ya...

aku ni mmg lah bukannye baik sangat...
apatah lagi untuk memberi nasihat dan berdakwah ni...
tu aku dah lame tau...
tapi...
sekurang-kurangnya aku tahu...
bile datang orang bagi mengajaran kat kite...
kita patut terima nasihat dan teguran tu...
terima dengan hati yang terbuka...
dan berlapang dada..
lagi2 kalau orang yang lebih 'alim drpd kita yg bagi...
terutamanya budak-budak tabligh ni...
mereka tu pun manusia jugak...
ada hati dan perasaan macam kita semua...
cumanya depa tu lagi bagus drpd kita ni drpd bermacam segi ,bucu dan bentuk...


tapi kalau dah mcm ni yang kamu bagi...
sekali lagi...
apa?...
kamu ingat kamu holier than thou...




tak percaya...
tapi ini terjadi...

p/s:siapa terasa padan muka...sape suruh makan cabai banyak2...

Friday, February 6, 2009

Gelora melanda di sungai Perak...

gelora melanda di sungai Perak...


Sepanjang minggu ini kita telah digemparkan dengan konflik yg melanda di negeri perak iaitu perubahan tampuk kepimpinan negeri yang sebelum ini diterajui oleh MB hj Ir Nizar Jamaluddin.Konflik ini telah sampai ke kemuncaknya apabila berlaku pertempuran antara orang awam dengan polis anti rusuhan di perkarangan masjid ubudiah, kuala kangsar selepas solat jumaat tadi.

sedih...
melihatkan negeri tanah tumpah sendiri...
dilanda satu pergolakan...
dan lebih sedih lagi...
melihat gambar hj nizar dalam paper tadi melambai tangan kepada orang ramai drpd dalam kereta...
jelas kesedihan terpapar di wajah beliau...
tapi itulah hakikat percaturan politik...
seni yang paling tinggi kata Imam Ghazali...


apa lagi yang nak dikata...
ini kan dah takdir allah...
syabas Hj Nizar...
kerana bersikap gentlement...
moga banyak2 lah bawak bersabar ya...
jasa-jasa mu selama 11 bulan menjadi MB akan dikenang oleh seluruh warga perak...
juga tidak dapat dilupakan kenangan mendengar ceramah tuan di kg teluk kepayang tahun lepas...

juga tahniah kepada MB baru perak...
MB DR Zambry Abdul Kadir...
diharap anda akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada perak...
dan yang lebih penting lagi...
menamatkan kekalutan yang melanda ini...
serta memajukan lagi negeri perak(terutama kawasan bota kiri)...

juga tahniah kepada Sultan Perak...
di atas kebijaksanaan baginda...
menyelesaikan krisis yang melanda...

dan juga kepada seluruh warga perak...
diharap anda semua dapat mengawal emosi masing-masing ya...
gunakan akal yang waras untuk bertindak dan mengikut saluran yang betul...





gelora itu masih belum berakhir di sungai Perak...

Rona Roni Makaroni : bukan satu kritikan

kopi yang sedap itu,lebih pahit dari manisnya...


Drama ini mengisahkan mengenai watak Rona(lakonan sharifah i sound silly in bahasa) seorang gadis kampung yang lari ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mencari bapanya yang bernama Jalil. Sesampai di Kuala Lumpur, secara tidak sengaja Rona dipertemukan dengan Roni yang membuka sebuah restoran. Rona juga merupakan seorang yang amat gemar makan makaroni...-sinopsis ini diedit dari sebuah laman web yang suka menulis tentang drama2 melayu terbaru di tv-



aku bukan la seorang peminat tegar siri drama2 melayu ni...
lagi2 kalau i sound silly in bahasa ni yang berlakon...
tapi tak apa la...
dah duk rumah boring2 mase cuti...
duk depan tv family pulak tengah layan tengok drama ni...
aku pun tumpang la layan sekali...
dah lame2 tengok mcm syok la pulak...
lagi syok la skit dari crite puaka niang rapik 2...

tapi apa yang menarik sangat tentang drama ni ya....
sampai boleh terlintas di lingkaran sudut hati ini nak menulis tentangnya....
hah...
sebelum tengok drama ni aku memang skeptikal sikit...
bukan pasai apa...
sbb sharifah i sound silly in bahasa yang berlakon...

tapi aku salah...
memang salah...
perwatakan die dalam crite ni memang buat aku terperanjat...
ye la...
seorang gadis kampung yang loklak...
pakai baju kurung kedah...
dan yang paling menarik...
cakap loghat utara...

wah...
bukan main lagi sharipah i sound silly in bahasa ni sekarang ya...
dah pandai speaking utara...
tapi ok la sharipah...
hang memang sound silly in bahasa...
tapi hang sound funny la speaking utara...
boleh tahan jugak...


aku bukan la apa...
ni bukan aku nak promote crite ni...
apatah lagi mula meminati lakonan syaripah...
tapi sekarang memang tak banyak crite yang tonjolkan imej wanita melayu...
sekurang-kurangnya ada lagi imej wanita melayu yang dipertontonkan dewasa ini...
itu belum cakap pasal imej wanita islam melayu...
memang boleh kata tak ada...
yang banyak sekarang semue crite hantu kurafat dan kisah cinta yang meloyakan...



kopi yang sedap itu, lebih pahit dari manisnya...