Wednesday, December 31, 2008

burung botak dan ahli falsafah....

salam maal hijrah...

ini ade satu cerita...
tentang seekor burung yang botak(bukan burung hering)...
burung ni masa muda-muda dulu tak la botak...
tapi oleh sebab die selalu saja buat tuan die bengang sebab tak bertindak mengikut arahan...
maka,tuan burung itu akan ketuk kepala die setiap kali burung tu cemerkap dan buat benda bodoh...
contohnya suka tunjuk pandai bercakap dalam banyak bahasa...

pada satu hari yang suam-suam kuku...
seorang ahli falsafah yang juga berkepala botak terlintas dengan burung tu tadi...
dan burung tu serta merta berkata dalam hati ...
"oh...rupanya ada juga manusia yang senasib dengannya"...
burung tu pun bertanya kepada ahli falsafah tadi...
"tuan...berapa kali tuan kena ketuk di kepala"...

-tamat-

ini bukan aku nak merepek...
tapi...
kalau kita suka buat benda yang sudah jadi tabiaat kita...
jangan ingat orang lain pun serupa macam kita...
kalau kita suka kutuk orang dan tipu orang...
jangan ingat orang lain pun suka kutuk dan menipu juga...


aku nak berhijrah...

Monday, December 29, 2008

kampungku...

aku duk kat kampung je...
orang cakap duk kampung ni senang...
tanah banyak...
boleh bercucuk tanam...
inflasi kurang sebab tak payah pergi ke pasar berbelanja...
orang yang miskin di bandar lebih parah hidupnya daripada hidup miskin di kampung-kampung...

kalau itu yang kita fikirkan...
maka kita sudah salah...

ini aku nak cerita skit...
kat kampung sekarang yang tinggal sekarang cuma orang-orang tua je...
yang dah pencen dan yang dah uzur...
inflasi ape kejadahnye...
nak pegi hospital jauh...
klinik kerajaan kalau ade pun kat pekan-pekan skit...
publik transport pulak punya la susah...
ade tu memang lah ade...
tapi tak ikut waktu dan bas pun macam ape je...
dah la buruk...
ditambah pulak dengan ambil lebih muatan...
anak-anak dara pulak terpaksalah merelakan diri mereka digesel oleh penumpang lelaki lain...

tapi...
sekarang ni...
dah ade bus baru...
siap ade ekon pulak 2...
stesen bus dari parit ke ipoh pun aku tengok xde la mcm dulu lagi...
syabas MB ir Nizar Jamaluddin...
syabas kepada sesape saja yang buat perubahan ini...

Saturday, December 27, 2008

aku...kelas ke 2.....

ini cerita betul...
memang lah kalau kamu pergi tanya mereka...
mereka tak akan kata tidak dan mana ada...
tapi hakikatnya...
mereka selalu saja nak membahagikan masyarakat mengikut kelas...
atau kasta...

kononya...
mereka yang bependidikan agama dan tak tahu berbahasa inggeris...
tak setaraf dengan mereka...
nak pandang sebelah mata pun mereka tak mahu...
ceh...
apa...
kamu ingat kamu holier then thou...

aku bkn nak merepek...
tapi...
cuba kalau ada seorang ustaz sekolah agama pondok...
datang nak meminang anak perempuan kita...
berapa ramai daripada kita dengan bangga dan besar hati nak bagi anak kita itu kawin dengan ustaz sekolah pondok...
dan berapa ramai pulak yang terus tutup pintu...

ye lah...
kita pun satu...
guru-guru KAFA...
orang yang mengajar kita dan anak-anak kita perkara fardhu ain ni...
orang yang mengajar kita dan anak-anak kita solat...
mereka lah yang kita patut angkat...
bukan perkara laghro tu...



p/s: sokong naik elaun gaji guru KAFA di negeri aku...

Thursday, December 18, 2008

begitu....kenapa tidak begini?

kelentong...

ya...
sejak manusia mula mencipta tamadun atau hidup bermasyarakat berkurun-kurun dahulu...
kita selalunya sebagai individu atau kumpulan itu selalu saja nak tunjukkan yang kita ni lebih berkuasa daripada individu atau puak yang selain daripada kita...

kita pun cipta lah macam-macam pertandingan dan aktiviti-aktiviti yang dapat menunjukkan superioriti kita itu atau pun nak tunjuk kita lah yang paling bagus dan yang terbaik daripada orang lain...

dan oleh yang demikian...
kita pun selalu lah mendefinisikan seseorang itu berdasarkan banyak mana pertandingan yang pernah dia menang,dapat gred yang paling baik dalam kelas dan banyak mana sijil dan piala yang tersusun diatas rak dan almari di rumah dia...

atau dengan kata atau ayat yang lain...
untuk menunjukkan yang kita ni sememangnya bagus dan top...
mesti ada orang lain yang kalah dan tak berapa bagus daripada kita ni...
mesti ada la orang lain yang kena jadi sampah dan loser kepada kita...

kenapa?
tak boleh ke kalau kita sama-sama menang...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi yang terbaik...
tak boleh ke kalau kita sama-sama jadi bagus...


aku bukan apa...
kita kena ingat...
kalau hari ini kita kenyang...
dan ada orang lain yang lapar...
tak mustahil satu hari nanti kita pulak yang lapar...
dan orang lain itu pulak yang kenyang...

dah tak kelentong...

Monday, December 8, 2008

Pengumuman....

Saya dan seluruh warga kerja dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam...
diharapkan kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada ibadah korban kali ini...
sesunguhnya darah dan daging itu tidak akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepadanya ialah amal ibadah yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu...


juga takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh di bukit antarabangsa...

dari warga kerja pejabat DSL(Dato' seri Lem)....